Wednesday, 29 June 2022

TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN

MODUL TVET : PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 5

 MODUL PENGURUSAN TEMPAT KERJA 

1. Personaliti 

2. Organisasi Bengkel 

3. Peraturan & Undang - Undang 

MODUL 2 HASIL TANAMAN 

- Maruku 

- Rempeyek 

- Kacang Bersalut 

- Tempe 

- Tapai Pulut 

- Mee Kuning 

- Laksa 

HASIL BUAH - BUAHAN 

1. Jem Nenas 

2. Sos Tomato 

3. Sos Cili 

4. Kerepek Pisang Masin 

5. Cakar Ayam 

6. Kordial Nenas 

7. Susu Kacang Soya 

8. Tauhu Manis (Tauhu Fa) 

9. Cincau 

MODUL 3 HASIL TERNAKAN 

HASIL IKAN 

- Keropok Kering 

- Keropok Segera 

- Keropok Lekor 

LINK VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN : 

https://youtu.be/fKJXfd97bXg

Jenis - Jenis dan Cara Pemprosesan Makanan 

Pada masa kini bidang teknologi makanan berkembang maju di negara kita. di sinilah terdapat beberapa faktor perkembangan iaitu : 

a) Untuk Mengelakkan makanan dari rosak oleh mikroorganisma 

b) Untuk memudahkan pencernaan 

c) Untuk memperbaiki rupa makanan 

d) Untuk mencegah jangkitan penyakit dan menambahkan kandungan nutrien yang terdapat dalam makanan

Manusia telah mengenalkan beberapa cara pemprosesan makanan iaitu 

1. Pengetinan (Canning) 

Makanan diletakkan dalam tin dan dipanaskan pada suhu 116 dan -121 ditutup dan dipateri. Contoh makanan yang melalui proses pengetinan ialah kari daging, ayam dan tuna. Kebaikan proses pengetinan merupakan makanan yang boleh disimpan lama dan senang dibawa ke mana - mana sahaja. Namun, kelemahannya juga merupakan tin mahal dan jika tin kemek akan menyebabkan makanan terdedah kepada jangkitan mikroorganisma serta bahan toksik dari tin. 

2. Pempasteuran (Pasteurization) 

Pemanasan cecair pada suhu 63 selama 30 minit. Makanan seperti susu, wain dan jus dihasilkan melalui proses pempasteuran. Melalui proses tersebut kebanyakkan mikroorganisma berbahaya dapat dibunuh namun waktu simpanan adalah tidak lama dan pemprosesan jenis ini adalah khas untuk cecair sahaja. 

3. Pendehidratan (Dehydration) 

Makanan akan dijemur di bawah cahaya matahari atau meletakkan makanan dalam garam. Penggunaan oven juga boleh dilakukan. Ikan masin, bunga kekwa, teh dan sayur merupakan contoh makanan yang melalui proses ini. Jisim makanan kurang dan senang dibawa. Makanan tahan lama dan tidak mudah dinjangkiti mikroorganisma. Rasa berubah dan kebanyakan vitamin termusnah. 















TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN